PRINSIP GO SKATEBOARDING DAY FTV

Sempena Go Skateboarding Day 21 Jun ini kami di Frontside TV ingin berkongsi prinsip yang dikekalkan FTV sejak ia belum ditubuhkan lagi.

Skateboarding adalah bukan sukan semata-mata sebaliknya ia adalah elemen gaya hidup yang menyatukan semua bangsa dan memperkuatkan perjuangan serta prinsip keindividuan.

Seorang skateboarder akan berasa keakraban dan semangat setia kawan antara skaters yang luar biasa yang tidak wujud pada sukan lain.

Walaupun ada sedikit salah faham, ideologi dan prinsip berlainan, satu prinsip tetap kekal iaitu loyalty ataupun taat setia kepada skateboarding.

"walaupun kita tidak bersama tetapi kita bukan musuh dan terus kekal rakan skateboarding."

Bercakap mengenai taat setia, kita sering dipergunakan dan sengaja dipergunakan jenama bukan berkaitan skateboarding untuk memastikan skateboarding terus kekal.
Ia bukan satu kesalahan malah FTV mengalu-alukan bantuan daripada mana-mana pihak untuk sama-sama berkongsi keseronokan skateboarding dan mengembangkannya bersama.

Kerjasama itu mestilah bukan secara paksa atau dengan cara mereka, sebaliknya dengan cara yang skateboarder itu mahukan.


Oleh itu FTV akan terus kekal menyokong pihak atau jenama yang sentiasa menyokong skateboarding dan tidak akan mengharapkan pihak yang hanya mahukan publisti sementara dengan menggunakan skateboarding.

"FTV juga tidak akan menyokong pertubuhan yang merampas hak orang lain dengan sengaja demi keuntungan peribadi, sama  seperti zionis Yahudi merampas tanah Palestin"

Wang besar tidak mampu mengaburi mata FTV.

FTV sentiasa celik dan mengenali pihak mana yang mampu membawa kemampanan untuk skateboarding.

Kami mahu sustainability ataupun kemampanan dalam meneruskan keseronokan kami dan kami tahu pihak mana yang mampu memastikan ia berjaya.

FTV juga tidak akan menyokong pertubuhan yang merampas hak orang lain dengan sengaja demi keuntungan peribadi, sama seperti zionis Yahudi merampas tanah Palestin.

Akhir kata, walaupun kita tidak bersama tetapi kita bukan musuh dan terus kekal rakan skateboarding.

GO SKATEBOARDING DAY dan kukuhkan prinsip semangat keindividuan dan kesetiaan.

0 comments: